Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

13 March 2012

Azman Mokhtar Harus Letak Jawatan & Disiasat

Kebanyakan Airlines sedang hadapi masaalah termasuklah juga SIA yang sangat mantap sebelum ini, begitu juga Qantas seperti kita sedia maklum. Dua punca utama adalah kerana kelembapan ekonomi dunia secara keseluruhan dan juga kerana kos bahan api yang tinggi. Punca lain juga adalah kos operasi yang tidak lagi seimbang dengan kepadatan penumpang dan pendapatan syarikat yang mana pihak SIA sendiri menawarkan cuti 2 tahun tanpa gaji kepada juruterbangnya untuk mengatasi masaalah ini. Airasia juga tidak terkecuali menghadapi masaalah, tapi kenapakah MAS yang terpaksa menjadi Pak Sanggup? Kenapakah Azman Mokhtar membiarkan perkara ini berlaku? 

Berita terkini tentang pembatalan perjanjian MAS, Airasia yang sangat mencurigakan adalah disambut baik kerana ianya dilihat lebih memihak kepada Airasia dan berat sebelah.

Nampaknya pihak-pihak yang berkenaan dan kerajaan Malaysia peka dan sensitif kepada rungutan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak yang prihatin. Ianya terlalu terang bahawa perjanjian MAS Airasia ini dilakukan dengan tergesa-gesa dan menggambarkan pihak tertentu mempunyai motif dan agenda tersendiri. Adakah begitu cepat dan mudah untuk pengurusan MAS bagi meluluskan untuk membelanjakan 18 juta sebagai menaja pasukan bola QPR? Siapakah yang harus bertanggung jawab, selepas penjanjian ini dibatalkan? Ianya adalah keputusan pengurusan MAS yang baru, bolehkah mereka disaman? 


Lapuran Utusan Malaysia ada menyatakan pembatalan ini "akan memberi implikasi kos kepada MAS". KENAPA HANYA KEPADA MAS? Bukankan pada namanya sudah kita maklum, ini adalah PERJANJIAN MAS AIRASIA. Kenapakah Airasia tidak terbabit dengan implikasi kos. Diharapkan pihak kerajaan dapat menyelesaikan masaalah ini dengan ikhlas dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak tertentu kerana ia akan membuatkan rakyat lebih marah lagi dan terus hilang kepercayaan kepada tindakan dan KEWIBAWAAN KERAJAAN.

Pihak yang mencadangkan, meluluskan dan melaksanakan perjanjian ini secara melulu harus bertanggung jawab dengan keputusan dan tindakan yang diambil. Saman, ganti rugi dan tindakan tata tertib harus DIKENAKAN KEPADA MEREKA YANG BERTANGGUNG JAWAB!!! PIHAK MAS TIDAK PATUT MENANGGUNG IMPLIKASI KOS. 


Aviation Blunder... MAS Blunder... AIRASIA blunder... Khazanah Blunder... Bina Fikir Blunder...
Tony, Azman Mokhtar, Rashdan Danny, WAU-1, Selling Non-Cores Assets, Azhari Dhalan, Ahmad Jauhari, 18 million QPR, Rozman Omar, CCF, MAS Un-audited Loss 2.5 billion 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog