Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

01 February 2012

Mamat Ni Halang Hasan Ali




Khalid Samad lah rupa-rupanya orang yang halang Hasan Ali memperjuangkan syariat Islam... kita ikuti transkrip dibawah dalam road show Hasan Ali. PKR terus Menjijikkan dan lupa kerana taksubkan Putrajaya...!!
PKR memalukan Islam... PKR lebih muliakan Buku Jingga dari Al-Quran...



Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.
"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."
Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.
"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.
"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.
Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."
"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.
Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.
"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.
Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.
"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.



Adakah kita akan biarkan PKR menhancurkan dan menjatuhkan martabat Islam???

2 comments:

  1. Mana Mursyidul Am, mana Presiden, mana Tim. Presiden,
    Tak kawal langsungkah anakbuah korang.
    kalau selalu jadi keadaan macam ini hancurlah PAS.

    ReplyDelete
  2. Mursyidul, Timb Mursyidul, Presiden, Timb Presiden PAS semua dah lembik... tak boleh harap untuk pertahan Islam lagi dah.... Semua pengan Anwar... syabas kerana terbabas..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog