Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

23 February 2012

Imam Baling Hakim Dgn Kasut Pulak...

Apa masaalah lu brader... gelaran Imam, akhlak mengalahkan makmum... mana kesabaran dan akidah Imam zaman sekarang.. banyak sangat imam muda kot.. panas baran..
Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.
Imam berkenaan, Hoslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Roslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan  kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Roslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan mahkamah memegang Roslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.

 Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu dalam setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lepas, katanya,khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut. Sebaik mendengar khutbah tersebut, Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.

Sumber : celahgelegar.blogspot.com

6 comments:

  1. Pada Encik Roslan saya ucapkan berbanyak simpati di atas kejadian tersebut bersabar lah encik. Inys'allah lambat laun akan ada peguam percuma akan membantu encik roslan.

    ReplyDelete
  2. Ye En Roslan..... Karpal Singh atau anak dia kan ada.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt la... Suh la en karpala singh bagi kidmat guaman percuma. Baru le negara berkebajikan.. idok gitu teman2?

      Delete
  3. Inilah hasil ajaran PAS yang mencerminkan jenis Imam PAS.BiaDAP.

    ReplyDelete
  4. Apa imam ini buat Ada lah kurang ajar Dan menghina mahkamah. Sepatutnya, hakim boleh jatuh hokum penjara sekira nya dia tidak seterusnya Mina maaf. Tetapi say a hairan kenapa hakim tidak ambil tindakan .

    ReplyDelete
  5. dimahkamah dunia hakimlah berkuasa penuh..tp malangnya dmahkamahdunia ini byk hakim2 ygdouble standard..hukuman tidak sama antara org biasa danberpangkat..kat akhiratnti semuanya sama ..malah tiada lg hakim2yg dilantik..ALLAH lah hakimnya..
    mungkinimam ini merasakan sedemikian terhadap dirinya..

    apapun ramai jg dikalangan kuat agama / taksub ni jenih yg degil dan keras kepala tak blhdbwk berbincang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog