Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

05 February 2012

Hak Asasi Manusia ATAU Islam


Hasan Ali menolak untuk merayu atas pemecatannya oleh PAS. Ini terus menampakkan ketegasan Hasan ALi dalam mempertahankan prinsipnya untuk menegakkan Islam dan bukannya tunduk kepada kemahuan pihak-pihak tertentu yang lebih ghairah memperjuangkan Hak Asasi manusia dan taksub untuk menawan Putrajaya.

Beginilah pejuang Islam yang kita mahukan yang berjuang demi dunia dan akhirat dan bukannya hanya gilakan dunia... dengan pemecatan Hasan Ali dari PAS beliau kehilangan pendapat yang mencecah belasan ribu atau lebih.. siapa yang sanggup hilang pendapatan begini.. tapi kerana iman dan nawaitu yang teguh untuk memperjuangkan Islam, Hasan Ali sanggup terima ini semua.

Gua ucapkan syabas kepada Brader Hasan Ali dan teruslah menjadi suara bebas demi kepentingan Islam dan hanya Allah yang akan membalas dan balasan itu tentunya berlipat kali ganda.. Insyaallah.

Kalau pun Hasan Ali merayu dan diserap semula ke dalam PAS, bukankah ia akan menyusah balik untuk beliau perjuangkan Islam kerana tentunya PARASIT2 akan menghalang dan mencari alasan untuk tidak menyokong tindakan-tindakan Hasan Ali.

Kepada Hasan Ali teruslah perjuangkan Islam dan kalau nak tubuh JATI, teruskanlah dan insyaallah kejayaan bagi mereka yang jujur.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog