Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

07 January 2012

Ustaz Beri Alasan Utk Join Perhimpunan Liwat 901

Jika saya turun Himpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah. Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penginayaan yang dilakukan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia



Selepas baca statement Ustaz PAS ni, gua terpaksa komen. Kata beliau :
Cara Krjn UMNO/BN memerintah/mentadbir merosakkan maruah Anwar sebelum dibuktikan bersalah... 
Menghukum sebelum mahkamah jatuhkan hukuman adalah menginayaan dan zalim...


Ini jawapan gua untuk Ustaz PAS :
Ustaz panjangkan akal dan minda sebelum MENYALAHKAN dengan statement yang lemah sebagai alasan untuk sertai perhimpunan Liwat 901.
Adakah krjn masuk campur urusan perbicaraan di mahkamah.. ustaz cakap berlandaskan politik bias atau ada bukti - jika ada saman kerajaan dan bawa ke muka pengadilan.


Tidakkah ustaz dapat fikir secara rasional yang mana mahkamah sangat dan bagi saya terlbih-lebih bagi ruang pada Anwar untuk pertahankan diri. Berapa banyak penangguhan yang mahkamah beri... boleh jadi world record ustaz... trial within trial, perbicaraan tertutup dan berbagai peluang dan ruang dah diberi pada Anwar.. 
Tapi apa yg Anwar buat, bawa saksi yang menipu dan pakar yg tidak bertauliah...


Adakah krjan menghukum sebelum Anwar dijatuhkan hukuman oleh mahkamah...?. ini paling bullshit dalam statement Ustaz... minta maaf la... yang menghukum sebenarnya adalah rakyat dan media, Ustaz. Krjn tidak pernah masuk campur. MAHKAMAH RAKYAT yang menghukum Anwar dan para media dan bloggers... jangan jadi bias and taksub dgn Anwar dan yang PALING JANGAN BUAT.... adalah statement menuduh kerajaan dan mencari alasan untuk tidak rasa bersalah jika ustaz menyertai demo. Please grow up... dan janganlah memalukan ISLAM. Please..


Kalau Ustaz terlalu yakin Anwar dipihak yang benar, kenapa tak pujuk aje Anwar untuk bersumpah. Ustaz tak yakin dengan Allah ke...??? Allah TIDAK ZALIM & MAHA ADIL. Kenapa Ustaz tak buat???????


Kerajaan tidak menghukum dan kerajaan tidak zalim. So rasanya tiada alasan untuk Ustaz sertai demonstrasi Liwat 901. Tapi kalau Ustaz nak join, join je lah, tak perlu bagi alasan pun.


Tq 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog