Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

11 January 2012

Dia Ni Sokong Membuta Tuli


Dr Raja Ahmad. Nanti jawablah sendiri statement ni diakhirat kerana menganyai saudara se islam.
Inilah yang dikatakan sokong membuta tuli. Baca dibawah kenyataan media Naib Ketua Pemuda PAS yang menyokong pemecatan Hasan Ali. Butakah mata Pemuda PAS atas perjuangan Hasan Ali. Hasan Ali memperjuangkan tentang masaalah penjualan arak di Selangor, Hasan Ali memperjuangkan masaalah memurtad orang islam (Kes DUMC). Ini adalah perjuangan BESAR MENEGAKKAN ISLAM. 
Lupakah Pemuda PAS, hidup ini ada DUNIA & AKHIRAT, nanti jawaplah diakhirat, anda tidak menyokong dan membantu saudara Islam yang memperjuangkan kedaulatan Islam. 
Jawab soalan ini... APAKAH FAEDAHNYA PADA ISLAM DENGAN PEMECATAN HASAN ALI? Ini gua yang tanya, nanti di akhirat kalau Allah yang tanya, anda jawablah sendiri. 
Nanti kalau Allah tanya, KENAPA KAMU TIDAK BANTU SAUDARA ISLAM YANG BERJUANG MENCEGAH USAHA MEMURTADKAN ORANG@ ISLAM??? 
Kenyataan Media
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
KEDUDUKAN HASAN: PEMUDA PAS PATUH KEPUTUSAN PARTI
15 Safar 1433 bersamaan 09 Januari 2012

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) menyokong dan mematuhi keputusan PAS Pusat dengan memecat keahlian PAS mandatori bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berikutan tindak tanduknya bertentangan dengan keputusan PAS. Kami yakin keputusan tersebut amat tepat dan berharap semua pihak juga menghormati keputusan tersebut.
Kami juga yakin Datuk Hasan akan menerima keputusan tersebut dengan dada yang terbuka dan beliau juga masih berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura PAS. Dan kami juga mengharapkan mengenai kedudukannya sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang perlu digantikan dan mengharapkan Majlis Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor memutuskan dengan kadar segera. Kami secara terbuka mencadangkan agar Pesuruhjaya PAS Selangor kini, Dr Abd Rani Osman diberikan laluan kelak.
Kami yakin kemelut yang telah mengeruhkan keadaan ini di Negeri Selangor terutamanya dan di Negara amnya akan ditutup setelah keputusan tersebut dicapai. Bagi kami, apa yang penting ialah PAS dan PR harus maju ke hadapan untuk mengorak langkah menuju ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Disediakan oleh ;   
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog