Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

13 January 2012

Rayuan Kes Anwar Batal.. Sebaliknya Anwar Ditawarkan Untuk Bersumpah..

Siapakah yang akan anda lebih percayai di antara Anwar dan Saiful?

Senang nak jawab atau susah? Mudah jawab bagi penyokong taksub Anwar dan begitu juga kepada penyokong kerajaan atau yang anti Anwar. Tapi yang mana satu jawapan yang betul.. itu yang menjadi persoalannya.

Bagi penyokong taksub Anwar, kes sudah selesai, Anwar didapati tidak bersalah oleh mahkamah.. so case close! Bagi yang anti Anwar, Saiful masih ada hak untuk merayu dan mensabitkankan Anwar untuk sekali lagi kemuka keadilan.

Kita harus ingat, oleh kerana kita hidup didunia, kes ini tidak akan dapat diselesaikan begitu saja... cuba bayangkan sekiranya Anwar dibicara sekali lagi dan keputusan mahkamah adalah sama, beliau bebas... bagi yang anti Anwar, adakah mereka akan terima keputusan ini... atau sebaliknya Anwar disabitkan bersalah oleh mahkamah dan dipenjarakan, adakah penyokong taksub Anwar akan menerima keputusan ini tanpa memberi alasan ini adalah konspirasi, tidak adil, mahkamah penipu dan sebagainya...

So how do we solve this??? Saya minta maaf dahulu pasal saya bukanlah ustaz atau berpelajaran tinggi dalam islam tapi saya cuma praktikkan yang basic dalam islam dan patuh pada rukun islan dan rukun iman. Oleh kerana patuh pada yang basic inilah saya dapat membuat rumusan yang ringkas.

Apakah rukun islam dan rukun iman yang pertama? Saya rasa tidak perlu saya huraikan kedua-duanya sekali. Jadi dalam konteks perbicaraan Saiful yang penuh dengan isu teknikal, penipuan, saksi yang tidak kredibel, specimen DNA dan sebagainya... ini akan terus jadi permainan dunia.. bicaralah 10 kali sekali pun...

Keputusan yang sebenar-benarnya hanya akan kita ketahui mungkin dalam tempuh yang lebih panjang... walaubagaimana pun pada ketika ini dan untuk satu tempuh yang terdekat BOLEH DIKATAKAN BAHAWA SAIFUL TIDAK BERSALAH.

Kenapa? Kerana jika kita percaya dan beriman dengan Allah, kita akan yakin dengan SUMPAH SAIFUL. Selagi tidak ada apa2 petunjuk yang Saiful dilaknat, selagi itulah Saiful berada dipihak yang benar.

Dan persoalan yang lebih besar lagi adalah... KENAPAKAH ANWAR TERLALU TAKUT DAN SENTIASA MENGELAK DAN MENCARI ALASAN UNTUK TIDAK BERSUMPAH? 

Selain dari mebicarakan Anwar sekali lagi dengan pihak pendakwaan membuat rayuan.... APA KATA TAWARKAN ANWAR UNTUK BERSUMPAH DAN PIHAK PENDAKWA AKAN BATALKAN RAYUAN... Think about that... 

1 comment:

  1. Anwar bukan didapati tidak bersalah, tetapi dia hanya dilepas dan dibebas. Beza yang sangat besar antara kedua-dua terma tersebut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog