Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

18 January 2012

Pesanan Terakhir Untuk Nicky


Berikut dibawah adalah artikel pesanan ke pada Hasan Ali dari laman TKO... terima kasih kerana menasihat Hasan Ali. Maka tidak salah juga kalau kita alihkan pesanan dan nasihat ini kepada Nicky Aziz. 
Terima kasih, neraca untuk nasihat ini dan laratau kerana meluluskan artikel ini.


Nasihat Terakhir kepada Dato' Dr Hasan
(Dan Juga Tuan Guru Nik Aziz)

Posted on Tuesday, January 17 @ 15:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: neraca
""Dan orang yang beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu
 yang diturunkan sebelummu"(Al Baqorah;4)
Dato'

Pertama fahamilah "Konsep Kesatuan Agama Islam"

Itulah sifat yang layak dengan umat Muslim selaku pemegang warisan agama samawi dan pemegang warisan nubuwwah-nubuwwah sejak angkatan pertama umat manusia. Merekalah penjaga pusaka agama Allah dan pusaka nubuwwah, merekalah pemimpin angkatan iman di bumi hingga akhir zaman. Nilai sifat ini melahirkan kesedaran terhadap persamaan dan kesatuan umat manusia, persamaan dan kesatuan agama mereka, persamaan dan kesatuan rasul mereka, persamaan dan kesatuan para rasul mereka, persamaan dan kesatuan ma'bud, atau Tuhan yang disembah mereka. Nilai sifat ini membersihkan jiwa dari perasaan dan sikap fanatik yang keji terhadap agama-agama dan terhadap orang-orang yang beriman kepada agama-agama itu selama mereka berjalan di atas jalan yang betul,. Nilai sifat ini melahirkan rasa ketenteraman terhadap Ri'ayah Allah kepada umat manusia di sepanjang generasi dan zaman, iaitu Ri'ayah Allah yang dapat dilihat dengan jelas pada kemurahan-Nya mengutuskan para rasul berturut-turut membawa agama dan hidayat yang sama. Nilai sifat ini melahirkan perasaan bangga dan memandang tinggi kepada hidayat yang dicabar oleh berbagai-bagai pancaroba zaman, tetapi ia tetap teguh laksana bintang yang cerah di dalam kegelapan yang hitam pekat.

Dato',

"Dan mereka yakin terhadap hari Akhirat"(4)

Inilah sifat penamat yang menghubungkan dunia dengan Akhirat, permulaan hayat dengan kesudahan hayat,, amalan dengan balasan. Itulah sifat yang membuat manusia merasa dirinya bukan sampah buangan, bukan dijadikan sia-sia dan bukan untuk ditinggalkan begitu sahaja. Ia membuat merasa bahawa keadilan yang sempurna menunggu dihadapannya. Ini membuat hatinya tenteram dan tenang, kembali kepada amalan yang soleh dan berlindung pada keadilan Allah dan rahmat-Nya pada akhir perjalanan hidupnya.

Dato'

Kepercayaan dan keyakinan kepada hari Akhirat merupakan persimpangan jalan di antara orang yang hidup di dalam ruang dinding-dinding yang tertutup dengan orang yang hidup di dalam ruang alam yang terbuka luas dan lebar. Ia merupakan persimpangan jalan di antara orang yang merasa bahawa hidupnya di bumi ini ialah keseluruhan apa yang dimilikinya di alam ini dengan orang yang merasa hidupnyua di bumi ini sebagai orang yang menjalani ujian untuk menerima balasan, dan hidup yang sebenar ialah hidup di Alam Akhirat di sebalik alam dunia yang kecil dan terbatas ini..

Dato'! mendakwa diri dato' hebat maka inilah nasihat terakhir untuk dato' dan akhirnya ana tanya satu soalan, apakah perkara yang paling hampir atau dekat dengan dato???? mungkin jawapannya isteri,anak,atau harta yang banyak,rumah yang besar atau phd dato'...itu semuanya benar tapi yang sebenarnya yang paling hampir dan dekat ialah MATI!!!! " 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog