Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

16 January 2012

Pesanan Penting Yang Relevan Dari Merbok Times.. PENTING!


Najib & Rosmah, we love you but please also listen to us... because we care..

DIBAWAH ADALAH KERATAN DARI MERBOK TIMES YANG SAYA RASAKAN RELEVAN UNTUK KITA AMBIL PERHATIAN. MASIHKAH KITA INGAT FAKTOR KJ PADA PRU12. Isu SEPERTI INI BUKAN LAGI ISU UNTUK DIMAINKAN.

KERJA MELAWAN PEMBANGKANG AKAN BERTERUSAN TETAPI BEBERAPA STRATEGI "CLEAN-UP" HARUS DILAKSANAKAN SEPERTI YANG DISARANKAN OLEH MERBOK TIMES DIBAWAH DAN SEBAGAI TAMBAHAN ISU MUSUH DALAM SELIMUT DAN SABOTAJ DALAM PARTI HARUS DIMATIKAN.

ITUPUN KALAU BN NAK BETUL2 MENANG LA...  

11 JANUARY, 2012

Faktor isteri PM DS Rosmah Mansor lebih lebih kritikal dari faktor DS Anwar Ibrahim untuk memenangi PRU13 yang akan datang.

Kerajaan DS Najib mesti menang PRU13 yang akan datang dengan majoriti yang hebat dan kuat. UMNO dan BN yang sebenarnya akan memperjudikan masa depan parti mereka samada masih menjadi pilihan rakyat atau dibenci rakyat atau 50-50.

Oleh kerana itu DS Najib, UMNO, BN dan seluruh kepimpinan mereka haruslah terbuka dengan segala teguran rakyat mahupun pahit seperti jadam.
Faktor-faktor dalaman yang boleh melemahkan parti atau faktor yang boleh membuat rakyat hilang keyakinan harus segera dibuang. 
Realitinya hari ini ialah faktor DS Rosmah dikira menjadi factor yang penting dan telah pun menyumbang kepada kelemahan kewibaawaan PM sendiri.
Sebagai isteri PM, DS Rosmah tidak harus membuka ruang yang boleh menjadi peluru parti pembangkang untuk menembak kewibawaan suami beliau. Biarlah yang sudah terlanjur itu berlalu dan dibiarkan ia berlalu dan tidak diulangi kesilapan itu lagi. Learned from your mistake.
Jika isu ini berlarutan ia akan memakan seribu kebaikan yang telah UMNO dan BN perjuangkan untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog