Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

28 January 2012

Penyokong Pembangkang Terkena DI Selangor

Ini baru sebahagian kisah penduduk Selangor yang dah TOKONO... ikutilah kisah dibawah kepada nasib penyokong Pakatan yang akhirnya terkena dengan pemimpin mereka sendiri...


Di Batu 12, Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor ada satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran berguna....
Tanah TOL atau tanah lesen menduduki sementara di situ telah lama diterokai dan diduduki penduduk sejak 70 tahun lalu dengan menjadikannya rumah kedai.
Semasa Selangor di bawah pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum 2008, kira-kira tiga atau empat pekedai di situ cuma membayar premium kira-kira RM5,000 untuk mendapatkan geran.



Tetapi beberapa lagi pekedai daripada keseluruhan sembilan kedai di situ enggan berbuat demikian. Senang cakap barangkali mereka ini penyokong pembangkang. Mereka enggan menemui wakil rakyat kerajaan waktu itu untuk urusan geran.
Masa berlalu.... Sebaik-baik sahaja kerajaan negeri BN itu jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang, dikatakan antara pekedai tadi yang merupakan penyokong PAS merasakan peralihan kepimpinan itu adalah masa yang tepat untuk memohon geran....
Tetapi alangkah terperanjatnya mereka apabila kadar premium yang dituntut untuk tanah berkeluasan lebih kurang 83.128 meter persegi (894.782 kaki persegi) bukannya RM5,000 atau RM6,000.
Sebaliknya mencecah RM60,000....!! Terkedu dan 'terduduk' mereka....

Terkena batang hidung sendiri apabila urusan permohonan geran itu mengikut harga pasaran.
Bukan sahaja kadar premium yang tinggi berlaku di Sungai Burong. Di satu kawasan di Sungai Kajang untuk keluasan tanah 3 ekar sahaja, kadar premiumnya melambung sehingga RM300,000.
Dahulu, dalam manifesto Pakatan Pembangkang, sibuk melaung-laungkan mahu tegakkan keadilan. Sama rasa dan sama rata kononnya... Tetapi tengoklah apa yang berlaku...!

Baca sambungan selanjutnya dari sumber http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/01/penting-pengundi-melayu-di-selangor.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog