Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

17 January 2012

Panduan Blogging Untuk Blogger Pro Kerajaan BN



Dibawah adalah "Panduan Kerja Sukarela Pahlawan Cyber" dari Dewan Pemuda PAS Terengganu. Jadi kalau Blogger Pro Kerajaan nak guna panduan ni, senang aje... yang mana tulis BN, UMNO terbalikkan jadi PAS, PKR, DAP dan sebaliknya yang tulis Parti-parti Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional. NFC tu mungkin boleh diganti dengan kes-kes seks pemimpin PAS :-)

Terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Terengganu dan penulis (ibnuabbas)... he he he... and lupa pulak terima kasih kepada "mmas_forever" yang meluluskan artikel ini untuk dipaparkan... ha ha ha...

Panduan Kerja Sukarela Pahlawan Cyber
Posted on Monday, January 16 @ 11:46:50 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: ibnuabbas

"Ramai pengguna internet yang membuka akaun facebook, buat laman web, blogspot, wordpress berorientasikan politik. Mereka menulis apa yang mereka mahu tulis. Ada yang memang penulis professional tetapi tidak ramai. Kebanyakannya adalah amatur. Tetapi peranan mereka besar. Semangat mahu jatuhkan Umno BN pun berkobar-kobar tetapi apa yang berlaku ialah kebanyakannya biasa mengikut arus dalam membawa isu. Mereka bersifat reaktif dalam mengutarakan isu, jadi responsif terhadap isu yang dimainkan media arus perdana(a.k.a. media umno BN). Justeru, perlu suatu garis panduan untuk kita bergerak ke arah memenangkan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti insyAllah!!!.

Di bawah ini sedikit panduan yang terlintas secara lalu di minda saya untuk dikongsi bersama. Saudara saudari boleh beri cadangan untuk menambah apa yang perlu untuk kebaikan bersama.
1.MENERANG: Sebarkan segala bahan penerangan Pakatan Rakyat kepada pengguna internet terutamanya dari sumber yang rasmi. Antara bahan penerangan yang wajib disebarkan ialah seperti berikut:

1.1. Dasar Parti-parti Pakatan Rakyat dan Dasar bersama Pakatan Rakyat.
1.2.Aktiviti dan Program Parti-parti Pakatan Rakyat di semua peringkat
1.3.Penerangan isu-isu tempatan dan nasional. Ini perlu bagi menjawab tuduhan-tuduhan UMNO BN terhadap parti dan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

2.MENYERANG: Serang UMNO BN dengan pelbagai cara dan sudut.Antara elemen yang perlu diserang:

2.1.Pembongkaran isu-isu rasuah, penyelewengan dan kezaliman di semua peringkat.
2.2.Pendedahan dasar-dasar kerajaan yang menzalimi dan tidak menguntungkan rakyat.
2.3.'Highlight'kan PEMBOHONGAN2 pemimpin UMNOBN secara berterusan.

3.PERKARA YG WAJIB DIELAKKAN:

3.1.Memberi fokus kepada perbezaan ideologi antara parti-parti Pakatan Rakyat
3.2.Memperbesarkan isu-isu masalah dalaman parti-parti Pakatan Rakyat.
3.3.Menghentam dan memperkecil pimpinan pati-parti Pakatan Rakyat.

4.CARA ATASI 'DIVERSION OF ISSUES' OLEH BLOGGER/UNIT MEDIA BARU UMNO:

4.1.Jangan layan atau jawab isu yang dibangkitkan. Ini kerana masing-masing parti dalam Pakatan Rakyat ada Bahagian Penerangannya. Kita boleh guna jawapan 'standard' yang akan dikeluarkan parti untuk elakkan percanggahan.
4.2.Padamkan dari 'wall' atau 'chatbox' anda.
4.3.Kembali kepada isu-isu asal seperti NFC dan sebagainya.

JABATAN MEDIA BARU 
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU
SEKIAN. TERIMA KASIH.
SELAMAT BERJUANG!!!
WALLAHU A'LAM.

1 comment:

  1. bagus panduan ko ,bio sama sama masuk neraka, boleh ko hidup kelakuan begini, kene ingat sekarang allah kasi cash.buruk perangai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog