Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

29 January 2012

Melayu DAP Dah Mula Main Game


Aspan Alias & Ariff Sabri Sakmongkol kini tidak lagi berselindung dan sangat yakin perjuang mereka untuk DAP adalah pilihan yang paling tepat. Artikel terkini Sakmongkol http://sakmongkol.blogspot.com/2012/01/najib-is-made-optimus-prime-by-michaels.html
secara terang menyatakan rancangan dan usaha PM untuk transform Malaysia akan gagal. Sakmongkol sangat cemburu dan busuk hari apabila PM Najib dapat pengiktirafan dari World Chinese Economic Forum (WCEF).
Datuk Seri Najib Razak was crowned today the “Father of Moderation and Transformation” by the World Chinese Economic Forum (WCEF), which said the prime minister’s “fair and just leadership” had benefitted the Chinese community “tremendously”. WCEF chairman Datuk Michael Yeoh said in his speech at the conferment ceremony here today. 
Bagi gua senang, "IF YOU DONT HAVE NICE THING TO SAY ABOUT PM, THEN DONT BE JEALOUS TO OTHER WHO APPRECIATES THE PM". Tak payah la Sakmongkol nak busuk hati sangat, Organisasi Cina pulak tu yang iktirak Najib, lu pun kroni DAP tu pun group Cina jugak.. so agak2 la sikit.. dah la komen dalam blog lu, lu tapis yang baik2 je.. dah banyak gua komen satu pun tak pernah lu nak publish kan.



Yang bawah ni pulak, aktiviti busuk Aspan. Dua2 ni Melayu Tiong Hua baru. Aspan cuba main taktik yang kotor. Dia nak hangatkan Khairi. Khairi(KJ) mintak DAP siar ahli-ahli Melayu mereka. Aspan pusing cakap tak perlu dan mengingatkan KJ bahawa musuh KJ adalah sebenarnya dalam UMNO. Aspan cuba gunakan KJ sebagai musuh dalaman UMNO. Ya mungkin KJ dah kurang relevan dalam UMNO selepas zaman Pak Lah, tapi taklah jadi Melayu derhaka macam mamat dua ekor ni.

Baca sendiri artikel Aspan dibawah dan nilailah sendiri ketaksuban Melayu Tiong Hua baru ni. Hati-hati dengan wadah mereka ini.


Khairy Jamaludin : musuh saudara dalam UMNO, bukan DAP

Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, telah meminta DAP mengeluarkan senarai ahli-ahlinya dari kaum Melayu jika benar DAP sekarang sedang mendapat sokongan dari kaum Melayu. Khairy berkata setakat 3 orang Melayu yang menyertai DAP itu tidak melambangkan yang parti itu sudah diterima oleh orang Melayu. Saya tidak yakin kenapa penyertaan orang Melayu di akhir-akhir ini menjadi isu dari Sabah hingga ke Perlis.

Saya hanya hendak memberikan komen yang pendek terhadap cabaran Khairy ini dan saya rasa boleh memberikan jawapan kepada kenyataan Khairy itu kerana saya adalah salah seorang dari orang Melayu yang telah menyertai DAP baru-baru ini.

Untuk pengetahuan Khairy DAP tidak membuat pengasingan ahli-ahlinya mengikut bangsa dan agama. Di dalam borang permohonan menjadi ahli, tidak ada petak yang bertanyakan dari kaum apa pemohon-pemohon tersebut kerana sebagai sebuah parti yang memperjuangkan untuk semua tanpa mengira kaum dan budaya bangsa dan ethnik ahli-ahli tidak menjadi perkara penting.

Jika Khairy benar-benar mahu tahu jumlah keahlian Melayu dalam DAP, mungkin saya boleh mencadangkan kepada DAP untuk Khairy datang ke pejabat DAP dan mengira sendiri jumlah keahlian dari kaum Melayu. Khairy boleh dibekalkan dengan semua borang-borang permohonan yang ada di dalam setor DAP dan kiralah satu persatu setiap borang permohonan dari orang Melayu itu. Selepas itu Khairy boleh mengumumkannya sendiri.

Jika Khairy melakukan pengiraan sendiri, jadi tidak akan timbul isu tentang jumlah keahlian orang Melayu lagi dan tidak payah hendak menyusahkan DAP untuk membuat pengiraan itu. DAP tidak hendak bersaing untuk menunjukkan keahlian Melayu. Hanya parti itu telah mula mendapat suntikan semangat dengan ramai penyertaan dari kaum Melayu.

Bagi saya yang lebih penting Khairy lakukan ialah untuk menjaga keahlian UMNO yang berjuta orang itu yang semuanya Melayu. Elok kita memberikan input yang nyata dan jelas yang di antara lebih dari tiga juta keahlian UMNO itu, lebih dari 1 juta dari mereka telah memangkah simbol pembangkang di dalam pilihanraya yang lalu. Tindakan mereka itu serupalah seperti meninggalkan parti juga.

Di Rembau itu sendiri Khairy perlu mengambil perhatian kerana tidak semua ahli-ahli dan pimpinan UMNO di sana memberikan sokongan kepada beliau. Pengalaman selama 40 tahun dalam UMNO itu memadai untuk saya membuat penilaian terhadap banyak bahagian UMNO di mana-mana khususnya di Negeri Sembilan.

Memang UMNO ramai orang Melayu, malahan semuanya dari kaum Melayu. tetapi kaum ini jugalah yang akan memberi masalah kepada UMNO khususnya Khairy. Kalaulah pemimpin UMNO seperti Khairy sedar, masalah UMNO bukan ditimbulkan oleh pembangkang, tetapi oleh ahli-ahlinya sendiri.

Maka Khairy elok tumpukan masa dan tenaga beliau untuk memulihkan kesatuan dalam UMNO itu sendiri.

Biarkan DAP itu melaksanakan tugasnya walaupun dengan hanya ‘segelintir’ Melayu yang mempunyai pemikiran di dalamnya. Yang sakit sekarang bukannya DAP tetapi UMNO. Yang kelam kabut sekarang bukannya PAS tetapi UMNO. Yang menyakitkan UMNO adalah oleh ahli-ahlinya sendiri bukannya PKR.

Kalau hendak terima pandangan ini terimalah. Kalau tidak terima pun ia bukannya menjadi kudis kepada Pakatan Rakyat. Itu Khairy kena faham. Musuh Khairy bukannya kami di sebelah sini tetapi mereka yang ada di bawah ketiak beliau sendiri dan juga di kalangan ‘war lords’ dalam UMNO itu.

2 comments:

  1. Biar kan. Kami rakyat Malaysia bukan mcm dulu bodoh. We know this two are. Let them write, let them say...as long they are on the other side of the fence we all know they are there just for survival. The money is good and they need the money. But however their hearts are still Melayu. One day, ONE DAY, they will return to us with all the information we need. Believe me. You might not know, UMNO may have planted then there. Do not under estimate Najib's capability and the best politic players are UMNO.
    UMNO is veteran in Malaysian Politics and we know what is going on. The Chinese DAP will always feel superior and we make them feel that way but finally they will be played out because, they are just so easily believe in anything. Sometime UMNO let them feel they are having problems, etc, actually no. So dont play play with UMNO politics, you will lose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitu lah... hairan jugak kalau lah 2 mamat ni benci sangat kat umno apasal tak masuk PKR atau PAS aje... itulah tanda soalnya..
      Mungkin untuk jadi spy la kot...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog