Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

15 January 2012

Masaalah Tanah Jelus Kampung Baru



Baru-baru ini diadakan suatu mesyuarat di Kg Baru pada jam 9.00 malam, 10 Januari 2012 di Dewan Jalan Hamzah. Mesyuarat ini adalah berkenaan masaalah tanah jerlus yang berlaku pada tahun 2011 sekitar bulan Februari dan April dan sekali lagi pada Disember 2011.

Antara mereka yang hadir adalah Datuk Salleh(Ketua Pengarah DBKL), Dato Johari Abdul Ghani(Pemangku Ketua UMNO Titiwangsa), Encik Samsuri Suradi(Setiausaha MAS) dan pegawai-pegawai dari Kementerian Wilayah, Jabatan Parit & Saliran, IKRAM, DBKL serta penduduk-penduduk yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Mesyuarat adalah bertujuan untuk:
  • Membentangkan sebab-sebab terjadinya bencana tanah jerlus ini.
  • Membentangkan penyelesaian yang telah dirumuskan oleh pihak DBKL, JPS dan IKRAM untuk mengatasi masaalah tanah jerlus yg berlaku
  • Mendapatkan persetujuan penduduk terbabit untuk melaksanakan penyelesaian yang dicadangkan
Untuk perlaksanaan nanti penduduk terbabit ada yang perlu berpindah sekitar 3 bulan dan 2 tahun mengikut fasa pelan perlaksanaan. Penduduk akan dibekalkan unit di PPRT oleh pihak DBKL.

 
15 April 2011 Hari selepas kejadian tanah jerlus di Jalan Syed Mahadi
  
Pembaikan/penambakan sementara selepas insiden jerlus pada April 2010
Kampung Baru collapsed
13 Dis 2010 Kejadian tanah jerlus sekali lagi di tempat yang pernah dibuat pembaikan


Kenapa Terjadi Bencana Tanah Jerlus Ini Yang Berpotensi Meragut Nyawa Penduduk Yang Terbabit?

Pertama sekali, hendaklah kita bersyukur kerana bencana ini tidak meragut mana-mana nyawa penduduk terbabit kerana tanah jerlus terjadi di kawasan jalan sahaja. Kejadian tanah jerlus ini juga sebenarnya boleh terjadi pada lantai rumah-rumah terbabit dan berpotensi merobohkan rumah yang dibina di atas palong laluan air. Sekiranya ini yang terjadi, berpotensi terjadinya kemalangan nyawa.

Apa sebenarnya yg terjadi? Dari penerangan yang diberikan dan selepas kajian pihak IKRAM, didapati palong yg dibina tersebut mengalami kerosak dan telah pecah kerana sudah terlalu usang. Akibat dari palong yang rosak dan pecah ini, maka diwaktu hujan lebat air yang banyak akan keluar dari palong yang pecah dan meresap pada tanah disekitarnya dan dengan itu maka terjadilah pergerakkan pada bawah tanah yang akhirnya mengakibatkan bencana seperti yg dilapurkan ini. Bahagian yang paling kritikal ialah dibahagian bawah Jalan Syed Mahadi. Kerosakan dan pecah pada palong adalah disebabkan tersumbat dengan pelbagai sampah dan akhirnya tidak dapat menampung aliran air seperti yang sepatutnya.

Penduduk yang terlibat dengan bencana ada bertanya semasa mesyuarat, adakah pihak yang berwajib (DBKL/JPS) ada menjalankan penyelenggaraan ke atas palong tersebut, agak mengejutkan yang mana tiada respon dari pihak berwajib yang mana boleh diandaikan tidak ada penyelenggaraan yg berkala atau menyeluruh pernah dilakukan. Mungkin hanya dijalankan pembaikan apabila terdapat kerosakan yang teruk. Palong ini usianya adalah melebihi 30 tahun.

Dari maklumat yang diperolehi tidak silap saya palong bawah tanah ini telah dibina oleh pihak JPS untuk tujuan mengelakkan kejadian banjir di Kampung Baru. Palong ini mula dibina sekitar tahun 1969 dengan kerja pembaikan selanjutnya sekitar tahun 1978. Palong yang dibina dibawah rumah penduduk ini tidak mempunyai sebarang dokumen bertulis yang menyatakan sebarang syarat yang telah dipersetujui antara penduduk dan kerajaan.

Isu berbangkit... selepas mesyuarat tersebut, pihak berwajib memerlukan persetujuan penduduk/tuan punya tanah untuk melaksanakan kerja-kerja yg dicadangkan.


1. Isu teknikal dan penyelesaian adalah difahami secara ringkas dan pihak penduduk tidak ada apa-apa bantahan jika ianya dilaksanakan.


2. Isu kebajikan - pihak berwajib telah lepas pandang akan perkara ini. penduduk yg terbabit sebanarnya telah pun berpindah ke unit flat PPRT yang dibekalkan oleh DBKL. Masaalahnya tidak tamat disini. 


Penduduk yg terbabit mengalami banyak kerugian akibat dari bencana ini. Rumah dan harta benda banyak yang rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kos kehidupan harian meningkat kerana pengangkutan bekerja dan anak2 bersekolah kini bertambah kerana perpindahan. Ada juga penduduk terbabit yg kehilangan pendapatan kerana tidak dapat menyewakan bilik atau rumah dan sekurang-kurangnya masaalah kerugian kos dan pendapatan ini telah menjangkau jangkamasa 10 bulan.


Penduduk yg terlibat kebanyakannya adalah orang kebiasaan dan kos-kos ini adalah membebankan. Sangatlah diharapkan pihak berwajib lebih sensitif dan berfikiran logic. Penyelesaian bukan hanya pada membetulkan palong, penyelesaian masaalah kemanusiaan juga harus diambil berat dan harus diingat, bukan penduduk yang meminta untuk dibina palong di bawah rumah mereka. Penduduk sebenarnya telah berkorban lebih dari 30 tahun tanpa sebarang syarat-syarat dan jaminan keselamatan dari kerajaan.

Soalan penting : Adakah dengan memberi kebenaran secara hitam putih untuk pihak kerajaan melakukan kerja baik pulih ia juga bermakna, penduduk adalah setuju dan membenarkan palong tersebut terus berada dibawah rumah mereka tanpa sebarang pampasan, syarat-syarat atau jaminan keselamatan? 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog