Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

07 January 2012

Lupakah Kita Pada Saksi Anwar Yang Menipu

Rahsia 'saksi misteri' Anwar Ibrahim, Najwan Halimi ada dalam tangan bekas pegawai khas Anwar Ibrahim, Rahimi Osman. Sebabnya, hubungan saudara dan kebetulan pula sekampung antara kedua-duanya, menjadikan Rahimi merupakan antara orang yang paling tahu tentang 'saksi misteri' Anwar Ibrahim ini.

Najwan Halimi sebenarnya adalah seorang yang sangat dengki dengan Saiful Bukhari. Ketika di UNITEN, Saiful Bukhari yang pada ketika itu mengetuai sebuah komuniti pelajar telah memecat Najwan Halimi kerana sesuatu sebab. Bermula dari itu, hubungan antara Najwan dan Saiful menjadi keruh.
shop2draw.blogspot.com
Kredibiliti Najwan sebenarnya sudah tercemar dari awal lagi, terutama apabila mahkamah diberitahu bahawa dia merupakan pembantu Anwar Ibrahim yang merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.

Konflik berlaku lagi apabila terdapat unsur-unsur pengkhianatan dan cemburu yang diakui sendiri oleh Najwan Halimi apabila dia mendapat tahu Saiful Bukhari Azlan bekerja dengan Anwar Ibrahim. Kedudukan itu kemudiannya diperolehi oleh Najwan Halimi walaupun bukan sebagai pembancuh kopi.

Apabila Anwar menggunakan Najwan sebagai saksi misterinya, maka yang pasti, cerita tentang Najwan juga yang sangat terkenal, terutama dengan kegilaannya terhadap publisiti, akan turut didedahkan. Sama ada pendedahan tersebut dilakukan di mahkamah atau di luar mahkamah, yang pasti anak muda itu telah pun menempah satu lagi publisiti yang tidak diperlukannya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog