Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

16 January 2012

Hadi Jangan Rosakkan Kredibiliti Anda..


Hadi Awang nak tipu siapa??? Tipu budak tadika PASTI boleh laaa....(MPP Online)


Jangan rosakkan reputasi Ustaz. Anwar dan Nicky dah tak relevan.. jangan ikut.. Ustaz masih lagi boleh diterima, tapi kalau terus protect DAP & PKR penyokong Ustaz pun tak akan percayakan Ustaz lagi.. Jujurlah pada diri sendir.. Teruk sangatkah Hasan Ali sampai dipecat dengan serta merta.. Anwar dan Dap bukan tuhan Ustaz.. Hasan Ali yang pertahankan islam dipecat, Anwar yg sokong Gay dibela... JANGAN LALAI.. PERJUANGKAN ISLAM DGN JUJUR...
Pas menegaskan pihaknya tidak pernah tunduk kepada kehendak atau tekanan mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR sentiasa mengamalkan konsep terbuka dan segala permasalahan diselesaikan dengan baik. Menurutnya lagi, konsep ini berlainan dengan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya dikuasai oleh Umno.

"Mereka kata kita berpakat dengan DAP yang kononnya anti-Melayu, tetapi Umno pun berpakat dengan MCA yang terang menolak hudud dan MIC.

"Kita tidak tunduk-menunduk antara satu sama lain, tidak seperti MCA yang tunduk kepada Umno, Umno tunduk kepada MCA dan MIC yang tunduk kepada Umno dan MCA," katanya ketika berucap pada program Rapat Rakyat sempena Konvensyen PR kali ketiga di sini semalam.

Katanya lagi, Umno yang mewakili umat Melayu Islam dan memerintah negara ini sejak merdeka seharusnya menunjukkan sifat-sifat pemerintahan Islam. "Mereka seharusnya menjadi contoh pemimpin Islam unggul, tapi ada pemimpin Umno yang buruk perangainya," katanya.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mendesak kerajaan supaya memperkasakan bahasa Melayu serta menjadikan kelebihan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai daya saing tambah negara.

"Bahasa Melayu terus dihimpit, sepatutnya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu di negara ini dan jadikan bahasa lain sebagai aset, tetapi hari ini keadaannya jauh berbeza," katanya.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog