Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

25 January 2012

Edisi Mahkamah Rakyat : Siapakah Mahkamah Rakyat Sebenarnya?

Mahkamah Rakyat ni yang sebenarnya adalah sekadar:

1. Penyokong tegar Anwar
2. Ahli dan penyokong PKR
3. Ahli dan penyokong PAS
4. Segelintil rakyat atas pagar
5. Dan juga mereka yang Anti-Establishment dan Anti-Kerajaan

Yang uniknya, tak banyak ahli DAP termasuk dalam kategori Mahkamah Rakyat ini. Kenapa? Kerana bagi DAP Anwar nak suntut sapa, itu dia punya hal, tapi mereka tahu Anwar tempat mereka bergantung dan selagi Anwar masih relevan, PAS akan dengar cakap DAP. Yang lembik ialah pemimpin PAS.

Jumlahnya mereka yang kononnya Mahkamah Rakyat ni beribu jugaklah tapi sebenarnya tak banyak pun. Kalau kumpul mereka ni dari seluruh Malaysia mungkin jugak boleh mencecah puluhan ribu tapi mungkin masih kurang dari 1% rakyat Malaysia.

Walau bagaimana pun, banyak juga dikalangan Mahkamah rakyat ini yang semakin sedar siapa Anwar sebenarnya. Tapi harus ingat modus operandi Mahkamah Rakyat ini adalah "Mainan Media dan Persepsi' kerana ini sahajalah ruang yang terbaik untuk Anwar gunakan. 


Anwar akan hebohkan bila dia "menyaman" pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan NEGATIF terhadap Anwar. Jadi persepsinya, Anwar tidak bersalah kerana berani menyaman pihak tertentu sehingga berpuluh juta.


Jadi untuk kita tangani hal ini dan juga melawan persepsi ini, mari kita sebarkan... KENAPA ANWAR TIDAK BERANI SAMAN MEREKA INI YANG JUGA PERNAH ATAU MASIH MENGELUARKAN KENYATAAN NEGATIF TERHADAP ANWAR???


Kenapa Anwar tak saman Ezam, Zul Nordin.... Bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog