Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

18 January 2012

Aku Hairan.. Betul-betul Hairanlah..

pakatan kedah mega ceramah 150112 anwar speaking  pakatan kedah mega ceramah 150112 crowd 7
Gambar Dari Malaysiakini - Rapat Rakyat Perdana Di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star pada 14 Jan 2012

Lapuran Malaysikini kata puluhan ribu datang.. gua rasa meleset sikit info tu, secara jujurnya memang ramai sekitar 8,000 ke 10,000 tu ada la logiknya, tapi bukan itu yang gua nak huraikan.

Terus terang gua rasa betul-betul hairan dengan mereka yang hadir ini... Kenapa? Kalau kita perhatikan betul-betul padang stadium ini dipenuhi mereka yang berkopiah putih, memang itu pun tujuan diadakan di Kedah kerana ia juga kubu PAS. 

So apa yang menghairankan? Yang menghairankan ialah... PAS adalah sebuah parti politik yang melaungkan perjuangan atas nama Islam dan tentunya penyokong-penyokong PAS juga mendokong prinsip yang sama.

Adakah mereka ini naif, tidak berpengetahuan, tidak peduli atau memang secara ringkasnya TAKSUB dengan Anwar... Tidakkah mereka mengikuti perkembangan terkini yang mana Anwar mengatakan dalam temuramah dengan BBC bahawa ia merasakan undang-undang hubungan sejenis negara kita adalah kuno?
Hubungan sejenis adalah HARAM disisi ISLAM dan juga diharamkan di Malaysia. Tidakkah dengan Anwar mengatakan adalah kuno untuk Malaysia mengharamkan hubungan sejenis secara langsung juga bermakna hukum Allah adalah kuno. 

Adakah penyokong tegar PAS ini kerana terlalu bencikan BN/UMNO sampai sanggup menunjukkan sokong kepada insan yang menghina hukum-hakam Allah. 

Kepada pemimpin PAS dan para penyokong... tolonglah betulkan kiblat anda... gua tak kisah sangat pun apa Anwar nak buat.. tapi bila menghina HUKUM ALLAH tu.. adalah terlalu menyimpang jauh.. kita hidup untuk dunia dan akhirat.. 

Apalah sangat yang anda dapat terlalu taksub dengan Anwar.. Aku Hairan Betul Lah Kali Ni...   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog