Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

13 December 2011

I Love This Brader...

Brader Hasan Ali ... bukan senang nak jumpa orang politik PAS yg tegas dengan prinsip menegakkan ISLAM secara IKHLAS & JELAS & TIDAK HIPOKRIT. 
Gua rasa tak payah lah nak ulas byk2 hal berkaitan BEER SELANGOR dan hal MURTAD DUMC. Ini semua menunjukkan ketegasan prinsip Brader Hasan Ali memperjuangkan ISLAM secara telus untuk umatnya. 


Petikan ungkapan Brader Hasan Ali :
"Saya tiada halangan untuk tidak calonkan semula. Malah ia menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang. Saya berjuang atas nama Islam dan Melayu. Ia tidak tertakluk kepada pemberian apa jua bentuk ganjaran sama ada berbentuk wang, pangkat dan jawatan. Jika ganjaran itu diberikan, ia hanyalah secara kebetulan. Sebab itu saya tegaskan pencalonan ini bagi saya soal kecil. Agenda kita adalah memartabatkan Islam. Oleh itu, tiada sebab saya berasa kecewa kerana cita-cita saya adalah untuk menegakkan Islam."


"Saya mohon Allah mengiktiraf saya. Bukan Pesuruhjaya Pas Selangor iktiraf malah bukan Presiden Pas iktiraf saya. Saya hendak Allah SWT iktiraf usaha kecil yang saya jalankan demi Islam, demi membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi raja".
Nampak tak macam mana prinsip mudah Brader Hasan Ali....
Hanya bergantung kepada pengiktirafan Allah SWT dan yang diperjuangkan adalah ISLAM, Melayu dan Institusi Raja.
Brader Hasan, lu ada kelas and insyaallah gua yakin Allah ada perangcangan yg lebih baik untuk anda. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog