Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

27 December 2011

Adam Emosi

Adam.. pandai buat pandai tanggung. itulah  pesanan secara ringkas.. kalau adam rasa tak salah dan tak biadap menurunkan bendera PM.. so mungkin jugak mereka2 yang mengugut merasa tak salah dan tak biadap untuk mengugut adam... cmon boy, grow up in the real world..
Dari Blog Anak Sungai Derhaka:
Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

ADAM: Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan.

Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.

Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan ‘kemenangan’ bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada hari itu.
Nampak sangat adam penuh dengan emosi dan tidak dapat mengawal diri. Adam tidak puas hati selepas serah memorandum keadaan tenang macam biasa. Apa masaalah lu adam? 

Anyway, Good luck in your future.. 

2 comments:

  1. belajar mengenal diri,nama dah sedap dah,tapi adakah kamu kenal siapa diri kamu...apabila kita kenal siapa diri kita barulah kita tahu dunia ini macam macam mana...syag umur muda,masih hijau lg dah mahu berbicara tentang politik...mana prinsip kamu anak muda,hidup mesti ada tujuan syurga atau neraka,tgk diri kita dulu siapa kita..baru boleh berbicara bahasa alam....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog