Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

03 June 2011

Barang Naik Lagi..??

Barang Naik dan Mahal , Salah Kerajaan Kah ?

Beberapa hari lepas jumpa seorang kenalan yang sudah lama tidak berjumpa. Macam-macam benda yang disembangkan. Dari hal kenangan silam kepada hal keluarga, hal politik dan hal kenaikan kos sara hidup yang semakin menggila sekarang. Pertemuan berlangsung di sebuah restoran berdekatan kawasan perumahan di Taman Tun Dr Ismail.

Dia tahu saya orang Umno dan dia sengaja 'usik-usik' saya secara mesra tentang kenaikan harga barang-barang sekarang. Saya biarkan dia bercakap terlebih dahulu. Biar dia cakap apa yang dia nak cakap, saya dengar sahaja.

Dia habis bercakap saya tanya dia, "Mat,rumah kat depan tu berapa harga sekarang" ? 

Dijawabnya "kurang-kurang pun RM 500 ribu". 

"Dulu masa mula-mula beli berapa harga agaknya" ? Saya tanya dia kembali.

Dijawabnya pula , "kalau 20-25 tahun lalu mungkin dalam RM 100-200 ribu sahaja".

Saya tanya balik kepadanya , "tuan rumah itu bising tak rumahnya makin lama makin mahal"?

Sampai disitu rakan saya telah tahu apa yang saya nak daripada soalan-soalan yang saya tanya itu.

Masuklah giliran saya pula bercakap.

Saya kata kepadanya, itulah bukti kejayaan BN memerintah negara selama ini. Ekonomi Malaysia berkembang maju dan pasaran hartanah naik setiap tahun berkali-kali ganda. Tetapi tidak ada pula orang bising mengenai perkara itu.

Getah naik harga orang tak bising, kelapa sawit naik harga orang tak bising. Tetapi apabila kicap, bawang, telur, susu , lampin bayi, lampin wanita dan lain-lain barang keperluan naik harga, tak pasal-pasal kena atas kepala Datuk Seri Najib pula.

Dunia semakin hari semakin berkembang pesat, manusia makin ramai, tanah makin kurang , makanan makin kurang , gaji makin mahal , maka sudah tentulah barang-barang juga makin mahal. Apakah pekerja-pekerja kilang makanan atau barangan nak hidup dengan gaji seperti 10 tahun lampau? Mereka pun nak gaji mahal seperti mana yang kita nak. Apabila gaji makin mahal tak kan barang yang dikeluarkan nak jual murah pula.

Siapa kata rakyat Malaysia makin miskin, contoh mudah lihat sahaja kereta-kereta di atas jalan raya. Bandingkan jumlah kereta yang ada hari ini dengan 5, 10, 15, 20 tahun lampau.

Kita semua kena ingat, kita sekarang ini hidup di zaman mana ? Kita bukannya hidup di tahun 80 atau 90 an lagi. Dulu waktu saya kecil-kecil harga mamee 10 sen sepaket dan pada masa itu mungkin gaji pekerja kilang mamee hanya RM 300 sebulan.

Sekarang harga mamee 40 sen sepaket dan gaji pekerja kilang mamee RM 1500 sebulan. Gaji pekerja dah RM 1500 sebulan tak kan nak jual mamee 10 sen lagi ? Itu baru bab gaji pekerja , belum lagi dikira kos-kos lain lagi. Mana-mana tempat dalam dunia ini kenaikan harga barang tak boleh dielakkan lagi.

Contoh di Indonesia, lima tahun dulu kalau kita ke Jakarta makan nasi padang untuk dua orang lebih kurang 100 ribu rupiah sahaja. Sekarang kalau makan nasi padang dua orang 300 ribu rupiah dah dalam tangan. Di Bangkok, makan tom yam di sana lebih mahal dari makan tom yam di KL. Bukan sahaja di Jakarta dan di Bangkok, dimana-mana sama sahaja.

Ramai diantara kita sering merungut, barang naik tapi gaji tak naik-naik. Itu bohonglah. Mana ada pekerja yang gaji tak naik-naik. Kalau gaji naik tapi masih tak cukup, saya percaya. Kalau kita lulusan SRP atau SPM tak kan majikan nak bayar gaji seperti lulusan ijazah pula. Itu Salah siapa ? sebab itu dulu emak dan ayah selalu pesan supaya belajar bersungguh-sungguh dan tinggi supaya dapat kerja baik dan gaji mahal.

Saya akui memang benar kalau tinggal di KL sekarang setakat gaji RM5- 6 ribu sebulan untuk orang berkeluarga masuk angin keluar asap sahaja. Bab itu saya akan ulas dalam tulisan akan datang.

Kalau nak bercakap dan hendak menyalahkan kerajaan memang perkara senang. Sebab bercakap tak perlu dibayar. Kalau bercakap kena bayar 2o sen atau 30 sen sepatah ramai orang tak bercakap pula. Sebelum kita nak bercakap kita kena kaji dan fikir dulu, jangan main tembak sembrono.

Saya sendiri pun seksa juga hidup, mungkin sama seperti rakan-rakan di luar sana . Rumah saya tiada sofa dan langsir mahal-mahal. TV rumah saya pun masih lagi tv panasonic yang dibeli masa bujang dulu. Kadang-kadang kena ketuk sebelah tepi bila gambar tak keluar. Kereta saya pula tiada sport rim atau aksesori. Tayar pun pakai tayar biasa sahaja. Kereta saya beli 10 tahun lepas, dah habis bayar dan saya tak berniat nak tukar yang baru. Yang tak perlu diketepikan dulu. Saya tidak peduli dan tak perlukan semua itu buat masa sekarang. Saya perlu utamakan agar dapur saya berasap dan pelajaran anak-anak saya berjalan lancar. Satu lagi komputer saya juga perlu lancar supaya senang nak berblog. Saya tahu saiz baju saya setakat mana dan saya kena pakai ikut saiz itu.

Bercakap memang senang, tukar kerajaan. Kalau tukar kerajaan pun belum tentu ianya boleh merubah hidup kita dan kos sara hidup akan menjadi rendah. Sebelum dapat bercakap memang senang. Bila dah dapat kelak, tahulah padahnya. Saya masih teringat lagi janji nak turunkan cukai pintu dan beri elaun suri rumah yang jaga anak kecil yang dijanjikan di Selangor semasa kempen pru yang lepas. Selepas bentuk kerajaan, tiba-tiba ianya dibatalkan. Itulah janji munafik. Sekarang janji lagi bulan dan bintang, pergilahhhhh.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog